Dasar Privasi

Perlindungan Data Anda

SiniSaja.my amat komited dalam melindungi privasi dan data peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).

1. Pengumpulan Maklumat

Kami hanya mengumpul maklumat yang diperlukan untuk operasi platform, termasuk nama, alamat e-mel, nombor telefon, koordinat lokasi GPS (semasa penggunaan fungsi radar), dan maklumat bank untuk tujuan pengeluaran dana peniaga.

2. Penggunaan Data

Maklumat anda digunakan semata-mata untuk memproses pesanan, menguruskan logistik (Runner), dan tujuan keselamatan (KYC). Kami TIDAK akan menjual, menyewa, atau memperdagangkan data peribadi anda kepada pihak ketiga (seperti syarikat pengiklanan luar).

3. Keselamatan

Kata laluan anda disulitkan (encrypted) menggunakan teknologi standard industri (Bcrypt). Semua transaksi kewangan dikendalikan oleh gerbang pembayaran berlesen dan kami tidak menyimpan nombor kad kredit/debit di pangkalan data kami.

Polisi Ini Dikemas Kini Terakhir Pada: 02 May 2026