Polisi Perundangan SiniSaja.my
Sila baca Terma dan Syarat ("Polisi") ini dengan teliti sebelum menggunakan platform SiniSaja.my. Dengan mendaftar, mengakses, atau menggunakan perkhidmatan kami, anda bersetuju untuk terikat secara sah dengan semua klausa yang tertera di bawah.
1.1 SiniSaja.my adalah sebuah platform Penyedia Perisian Sebagai Perkhidmatan (SaaS) yang menyediakan kemudahan katalog digital dan sistem pengurusan pesanan komuniti.
1.2 SiniSaja.my BUKAN sebuah institusi perbankan, dompet digital (e-wallet), institusi kewangan, atau penyedia perkhidmatan e-wang (e-money) di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (BNM).
1.3 Dalam menguruskan transaksi kewangan, SiniSaja.my hanya bertindak sebagai "Ejen Pengutip Pihak Ketiga" (Third-Party Collection Agent) bagi pihak Peniaga. Semua dana yang dipaparkan di dalam 'Dompet' adalah nilai transit dan akan disalurkan ke akaun bank berdaftar mengikut jadual pengeluaran (Payout) yang ditetapkan oleh platform.
2.1 Program affiliate SiniSaja.my (termasuk SS Legacypreneur) beroperasi secara ketat sebagai Program Affiliate Satu Peringkat (Single-Tier Affiliate Program).
2.2 Rakan Kongsi (Partner) hanya akan menerima komisen daripada langganan kedai yang dirujuk secara langsung oleh mereka. Tiada sebarang komisen, bonus, atau sistem pemotongan (overriding) akan diberikan untuk rujukan peringkat kedua (Sub-Ejen) atau struktur ke bawah.
2.3 SiniSaja.my TIDAK menjalankan skim Pemasaran Berbilang Tingkat (MLM) atau Skim Piramid. Pengguna dilarang keras mempromosikan platform ini sebagai skim pelaburan atau menjanjikan pulangan tetap. Pelanggaran klausa ini akan menyebabkan akaun digantung serta-merta dan dilaporkan kepada pihak berkuasa (KPDNHEP).
2.4 Komisen affiliate adalah Terbatal dan Tidak Sah (Void) sekiranya akaun bank atau identiti Pihak Perujuk (Referrer) dan Pihak Dirujuk (Referee) didapati dari individu atau entiti perniagaan yang sama.
3.1 Kuarantin Komisen: Bagi melindungi ekosistem daripada penipuan perbankan, semua komisen affiliate yang dijana akan diletakkan di bawah status "Tertunda" (Pending) selama tempoh matang sekurang-kurangnya empat belas (14) hari bekerja.
3.2 Sekiranya berlaku tuntutan bayaran balik (Chargeback) dari bank pembeli atau pengesanan penipuan kad kredit dalam tempoh tersebut, SiniSaja.my berhak membatalkan komisen affiliate yang berkaitan tanpa notis.
3.3 Pihak platform tidak menanggung kerugian Peniaga atau Runner akibat pesanan palsu (Troll Orders). Peniaga bertanggungjawab sepenuhnya mengesahkan kesahihan pesanan sebelum memulakan penyediaan makanan/produk.
4.1 SiniSaja.my mematuhi sepenuhnya Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
4.2 Pihak Pengurusan berhak secara mutlak untuk menahan, membekukan, atau menangguhkan sebarang permohonan Pengeluaran Dana (Withdrawal) jika terdapat corak transaksi mencurigakan atau kelajuan transaksi (velocity) yang luar biasa.
4.3 Polisi Pengeluaran Pihak Ketiga: Semua pengeluaran dana HANYA akan disalurkan ke akaun bank berdaftar di Malaysia yang nama pemegangnya sepadan tepat dengan nama/identiti (Kad Pengenalan atau Pendaftaran SSM) pengguna yang disahkan di dalam sistem. Platform tidak akan memproses pengeluaran ke akaun proksi atau pihak ketiga.
4.4 SiniSaja.my berhak melaksanakan proses Kenali Pelanggan Anda (KYC) pada bila-bila masa dengan meminta dokumen pengesahan tambahan (IC, SSM, Bil Utiliti) sebelum meluluskan pencairan dana berskala besar.
5.1 SiniSaja.my berhak menetapkan "Hard Limit" atau mengehadkan akses ke atas ciri-ciri teknikal (termasuk tetapi tidak terhad kepada ruang storan pelayan, kuota muat naik imej, had Webhook, dan had Nilai Dagangan Kasar/GMV bulanan) berdasarkan pakej langganan pengguna demi menjaga kestabilan pelayan.
5.2 Pengguna dilarang keras menggunakan bot automatik, skrip pengikis (scraper), atau mencipta akaun pendua/klon semata-mata untuk memintas had transaksi atau had jualan percuma yang ditetapkan oleh sistem.
5.3 Sebarang penyalahgunaan sistem yang boleh menjejaskan infrastruktur (DDoS) atau melanggar Polisi Penggunaan Adil ini akan mengakibatkan penutupan akaun serta-merta tanpa sebarang bayaran balik (refund) baki langganan.
Polisi Terma & Syarat Ini Dikemas Kini Terakhir Pada: 02 May 2026
Hak Cipta Terpelihara © SiniSaja.my